Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
APA ITU PCOS? Polycystic Ovary Pernah tak dengar tentang wanita yang menghidapi PCOS ? Adakah anda sedar yang anda ada masalah PCOS ? Penyakit Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) ini biasanya dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur reproduktif. Yang mana telah melalui proses haid. PCOS tidak selalunya bahaya sehingga menyebabkan kematian. Tetapi ia lebih kepada masalah hormon dan menyebabkan seseorang tidak subur dan sukar hamil. PCOS berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Terlebih penghasilan hormon lelaki dan juga mungkin daripada masalah insulin yang berlebihan. TANDA-TANDA PCOS Kitaran haid tidak teratur kerana tiada ovulasi Masalah haid yang berpanjangan dan darah yang keluar terlalu banyak Kemandulan atau sukar untuk hamil Obesiti Gangguan metabolisme gula dan tahap kolestrol yang tinggi Tumbuh bulu berlebihan seperti lelaki pada misai, janggut atau bahagian dada Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas sila ruj...